❤ about mine ❤
- yaya daya
- RAWANG,SELANGOR
- idup msti d'teruskan wlaupun ape jua yg mndatang,,,, sntiase pndang ke hdapan,,, jgn blaja drpd k'slipan krna itulah yg akn ktew sntiasa lakukan,,, tp blaja drpd kebaikan,, cbb itu yg lbeh trbaek...
Tuesday, 15 March 2011
Tsunami a.k.a Tuhan Sengaja Uji Namun Ada Masih Ingkar
wahai manusia sekalian,,, bangkitlah kepada kebaikan,,, kerana tanda-tanda telah pun datang membawa seribu hikmah sedangkan manusia masih asyik dan lalai dengan alam dunia yang sementara... Bagi kaum Adam dan Hawa,,,, ingatlah,,,, Allah sedang menguji kite!!!
positif.... positif,,,, how???
Bagaimana Untuk Sentiasa Menjadi Positif?
supplement untuk tubuh, tapi lupa supplement jiwa. Roh kita bukan saja perlukan supplement, tapi makanan2 asas untuknya. Ini tidak, tubuh kita saja yang makan macam2, supplement macam2… tapi roh kebuluran. Pastikan semuanya cukup makan ya.
Insya-Allah, anda akan berasa lebih tenang, lebih yakin dan lebih positif. Yang pastinya dengan berfikiran positif, anda akan berasa lebih sihat.
1. Mengisi jiwa dengan santapan rohani
Santapan rohani selain dari beribadah, berzikir, mengingati Tuhan.. juga termasuk banyak berfikir, bertanya, membaca, mengulangkaji bagi menambah pengetahuan. Makan supplement dengan pengetahuan jauh lebih baik dan berkesan daripada makan supplement buta-buta tanpa pengetahuan. Pengetahuan yang pertama ialah tentang healing crisis – krisis penyembuhan. Tanpa ilmu tentang krisis penyembuhan, seseorang itu dengan mudahnya menyalahkan supplement yang diambilnya sebagai ‘tidak serasi’, ‘tidak berkesan’, ‘buat aku jadi makin sakit’, sedangkan krisis penyembuhan adalah satu petanda yang sangat baik!2. Sentiasa mencari peluang, bukan alasan
Peluang menjadi sihat tidak datang kepada semua orang. Misalnya penduduk di negara miskin dan kawasan miskin, mereka tiada pilihan. Kebuluran melanda, mereka tentunya tidak boleh memilih untuk makan burger atau makan nasi. Kita di sini mempunyai peluang untuk lebih sihat dan mengamalkan cara hidup yang sihat. Misalnya pengambilan vitamin C dan vitamin E sebagai antioksidan untuk mencegah kerosakan sel hasil dari pencemaran udara. Apabila tersedia vitamin C dan E untuk dinikmati dengan lebih mudah (dalam bentuk supplement), peluang untuk kita hidup lebih sihat semakin cerah.3. Berhenti menyalahkan
Apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku, kita mudah untuk menyalahkan orang lain. Ini bukan saja tidak sihat, malah menjadikan kita nampak bodoh, terutama jika kesalahan itu dengan jelas menunjukkan kitalah puncanya, tapi masih nak salahkan orang. Berhenti! Ambil rasa tanggungjawab itu. Kalau kita menghadapi masalah kerana kurang minum air, akuilah itu kerana kesilapan kita, bukan orang lain. Melainkan kalau syarikat bekalan air menyekat aliran air ke rumah, mungkin kita boleh salahkan mereka.4. Buat, bukan keluh
Badan sakit, badan penat, badan lesu… Carilah cara untuk mengatasinya. Mengeluh setiap masa tentang kesakitan, kepenatan, kelesuan tidak akan menjadikan anda bertenaga dan sihat.5. Bergantunglah kepada Allah
Anda mungkin dah habiskan beribu-ribu untuk mendapatkan kesihatan yang optimum, tapi masih juga sakit. Maka kembalilah kepada yang memberi nikmat sihat dan ujian sakit. Seperti yang saya katakan, rohani dan fizikal saling berkaitan. Anda cuma mengambilsupplement untuk tubuh, tapi lupa supplement jiwa. Roh kita bukan saja perlukan supplement, tapi makanan2 asas untuknya. Ini tidak, tubuh kita saja yang makan macam2, supplement macam2… tapi roh kebuluran. Pastikan semuanya cukup makan ya.
Insya-Allah, anda akan berasa lebih tenang, lebih yakin dan lebih positif. Yang pastinya dengan berfikiran positif, anda akan berasa lebih sihat.
Monday, 14 March 2011
Sg. Lui by Aizat Amdan
Pejamkan mata mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya
Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percayaBukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya
Selama ini ( 7x )
Subscribe to:
Posts (Atom)